Ramai yang teruja hendak menjadi seorang yang berjaya kelak. Antara kerjaya yang paling ‘hot’ kini adalah sebagai seorang usahawan. Tapi, bagaimana nak jadi usahawan? jom kita baca 7 tips usahawan dari salah seorang usahawan hebat yang mesra dikenali sebagai Abang Ipin, Ketua pegawai eksekutif Yayasan Maghfirah:
1. Masuk universiti. Ambil peluang belajar pelbagai perkara di luar bilik kuliah. Aktif dengan persatuan. Terlibat dalam persatuan mengajar kita pengurusan projek, pengurusan manusia dan membangun kepimpinan dalam diri. Semuanya sangat penting apabila kita mengurus syarikat kelak.
2. Di universiti, belajar menjual. Sambil kuliah dan aktif persatuan. Ia akan mengajar pengurusan waktu dengan efektif. Dalam dunia perniagaan, time is money.
3. Dunia keusahawanan ini keras dan kejam. Kena tipu, sailang, sabotaj dan lain lain adalah biasa. Jadi jiwa kena kental. Kalau dapat komen negatif di medsos dah kemurungan, boleh fikir balik hasrat nak jadi usahawan.
4. Jangan masuk kelas bisnes yang mahal mahal. Ilmu free banyak di Internet. Ada kelas yang bagus tetapi murah sahaja. Yang penting praktis. Pengalaman mendewasakan.
5. Jangan nak jual diri bergolek liuk lentok dalam TikTok untuk jadi influencer. Tidak berbaloi ‘trade’ akhirat dengan sedikit kesenangan dunia.
6. Cari skill yang genuine. Coding, design, public speaking, plumbing dll. Semuanya boleh convert jadi bisnes.
7. Nak berniaga tak semestinya kena jadi founder. Jadi agent/dropshipper pun bagus. Kos rendah dan boleh belajar belajar dulu.
….
Bagaimana, menarik dan bermanfaat, kan? Boleh follow beliau di FB: https://web.facebook.com/mohdsahrularifin.abmanan