Kenali Kami
Hai semua, kami di sekretariat KLS terdiri dari gabungan mahasiswa universiti awam dan swasta serta graduan universiti dalam pelbagai bidang ingin membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik sebagai seorang pelajar lepasan sekolah.
Jom kenali pasukan kami!

Pengenalan
KLS merupakan sebuah program anjuran ISMA yang bakal dilaksanakan di 43 cawangan ISMA diseluruh negara. KLS membawakan slot pembentangan hasil ujian psikometrik, perkongsian pengalaman daripada tiga pecahan laluan selepas tamat persekolahan, serta penerangan peluang bantuan kewangan. KLS mensasarkan seramai 25,000 orang perserta yang akan mendapat manfaat daripada program ini.
Memastikan setiap pelajar lepasan sekolah jelas akan hala tuju yang ingin dicapai seterusnya mampu menyumbang pada pembangunan negara.
KLS dikenali dalam kalangan pelajar sekolah mahupun pelajar lepasan sekolah.

Kata Penghantar
Negara merdeka sudah 65 tahun. Walau pun sudah lebih separuh abad negara merdeka, tetapi secara jelasnya negara masih belum dapat menentukan sendiri masa depan dan halatujunya. Negara masih terbelenggu dengan percaturan antarabangsa yang menghadkan kemampuan negara untuk bangun di atas kakinya sendiri.
Ini mengesani pembangunan potensi remaja dan belia negara. Mereka disusun dalam percaturan antarabangsa yang dikuasai oleh golongan kapitalis. Silibus pendidikan, pembangunan kemahiran dan keupayaan, hinggalah kepada sekecil-kecil perkara ditujukan ke arah menjadikan remaja dan belia sebagai alat atau mesin untuk menghasilkan keuntungan material bagi golongan kapitalis antarabangsa itu. Kesan langsung dari itulah yang akhirnya membantutkan sifat mandiri negara, sedangkan tempoh 65 tahun cukup bagi sesetengah negara lain untuk menjadi negara yang kuat dan mandiri.
Kita semua bertanggungjawab untuk mengangkat Malaysia tercinta menjadi sebuah negara yang kuat, maju dan berdaulat. Kuat dalam mempertahankan anak watannya. Maju dalam pelbagai sudut kehidupan. Berdaulat di antara negara-negara serantau dan antarabangsa.
Justeru itu, saya melihat Karnival Lepasan Sekolah (KLS) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sangat padan dalam mendedahkan kepada pelajar lepasan sekolah berkenaan rupa bentuk negara yang bakal mereka bina. KLS bukan sahaja memberi panduan kepada pelajar lepasan sekolah berkenaan hala tuju mereka selepas sekolah, bahkan KLS membina cara fikir mereka pada pembangunan negara dan peranan yang boleh mereka mainkan.
Saya berharap insiatif daripada ISMA ini dapat disambut baik pelbagai pihak yang bersama dalam agenda ini dan mampu memberi perubahan kepada negara khususnya pelajar-pelajar lepasan sekolah.
Ahli Jawatankuasa
LEMBAGA PENGARAH

Muhammad Azam Bin Asri

Aisyah Binti Abdullah Zaik

Soufi Bin Annual
UNIT KOORDINATOR CAWANGAN

Mohamad Fathil Aqil Bin
Abdullah

Indra Putra Asrar
UNIT PROGRAM/MODUL

Ainaa Binti Johari

Tasneem Binti Mohamad

Ahmad Solah Bin Kamil Azmi

Ikmal Ubaidullah Bin Kamaruddin
Unit Media dan Propaganda

Afiqah binti Zawani

Kauthar Binti Majid

Salsabila binti Kamil
Azmi

Nora Shahidah Saharif

Abd Hafeez Abd Ghaffar

Akmal Zaki Akhbar Ali

Fathiah Binti Mohd Faudzir

Hannan Binti Mohammad
Unit Pembangunan Laman Sesawang

Muhammad Uzair bin
Mohammad Arifin

Muhammad Badiuzzaman
Bin Abdullah
Unit Perhubungan Luar

Wan Muhammad 'Asim bin Wan Hisham

Nuramira Atiqah

Aniq Muinuddin Bin Azeri
RAKAN KERJASAMA






