Karnival Lepasan Sekolah

Karnival Lepasan Sekolah (KLS) merupakan sebuah program khas dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk para lepasan sekolah menengah diseluruh negara. KLS telah dilaksanakan semenjak tahun 2009 dan telah mempunyai capaian penyertaan dari ribuan pelajar lepasan sekolah.

KLS berhasrat untuk membantu seramai mungkin pelajar lepasan sekolah untuk mendapatkan hala tuju mereka selepas tamat sesi persekolahan. Kami tidak hanya menawarkan hala tuju hanya kepada laluan universiti bahkan kami juga menyediakan hala tuju untuk mereka yang berminat dengan bidang kemahiran dan keusahawanan.

KLS kali ini membawakan slot pembentangan hasil ujian psikometrik, perkongsian pengalaman daripada tiga pecahan laluan selepas tamat persekolahan (akademik, kemahiran dan keusahawanan), serta penerangan peluang bantuan kewangan.

KLS mensasarkan seramai 25,000 orang peserta yang akan mendapat manfaat daripada program ini.

Butiran lanjut berkenaan KLS:

Yuran: RM20
Atucara:
Ucapan Pembukaan (Mencorak Masa Depan Unggul)
Slot 1: Ujian Psikometrik
Slot 2: Chit Chat Tiga Bidang
Slot 3: Langkah Bermula!
Slot 4: Oh, Duit!

Tarikh: Mei sehingga Julai 2022 di seluruh Malaysia

Senarai Lokasi KLS 2022

Zon Utara
KLS Alor Star – 2 Julai
KLS Kubang Pasu – 2 Julai
KLS Kangar – 2 Julai
KLS Sungai Petani – 2 Julai
KLS S. Prai Utara – 2 Julai
KLS Georgetown – 2 Julai
KLS Perak – 30 Julai 2022

Zon Tengah
KLS Kota Raja – 19 Jun
KLS Shah Alam – 19 Jun
KLS Subang Jaya – 19 Jun
KLS Bangi – 23 Julai
KLS Kajang – 23 Julai
KLS Sepang – 23 Julai
KLS K. Lumpur – 25 Jun
KLS Gombak – 31 Julai

Zon Selatan
KLS Melaka – 23 Julai
KLS Johor Bahru – 23 Julai

Zon Pantai Timur
KLS Kuantan – 23 Julai
KLS Pekan – 23 Julai
KLS Kemaman – 25 Jun
KLS Temerloh – 23 Julai
KLS Kelantan – 30 Julai

Zon Malaysia Timur
KLS Sarawak – 16 Julai
KLS K. Kinabalu – 3 Julai

RM20.00